>>> wina here!: July 2013

Monday, July 29, 2013

Budak Tomato punya

"Taknak dibuka kisah dulu.

Cuma satu -

Sekalipun jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah.


Allah.
Aku tak faham.
Kenapa aku selalu di uji.
Dengan ujian hati?

Allah.
Kau sayang aku.
Aku tahu.
Sebab..
Walau jauh aku pergi,
Walau perit ujian yang Kau beri,
Pada akhirnya,
Kau akan tunjukkan jalan.
Untuk aku kembali.
Sucikan diri.
Pada-Mu Rabbi.

Allah.
Bertahun aku pendam.
Orang kata, time heals.
Aku tak faham.
Kenapa luka aku tak pernah sembuh?

Jatuh sembah bumi.
Aku nangis lagi.

Malunya aku Ya Allah.
Jelas sekali aku lemah.
Dikuatkan dengan dakwah tarbiyah.
Aku masih lambat melangkah.
Dihadirkan geng usrah.
Bagaikan hadiah.

Tapi,
Mana ada yang kekal atas bumi ni.
At the end,
Semuanya akan pergi.
Hatta aku pun,
Bakal dijemput malaikat Izrael nanti.

Allah.
Peluklah aku.
Peluklah aku sampai aku tenang.
Selimutkan aku.
Selimutkan aku dengan cinta-Mu.
Seka air mataku.
Pujuk aku dengan kalam-Mu.

Allah.
Malunya aku.
Aku hamba-Mu.
Yang kembali.

Kadang aku pelik.
Kenapa selalu aku diuji dengan lelaki.
Malah sampai satu tahap.
Aku rasa macam....
Nak bersendiri.
Tak dikenali.
Tak disayangi.
Asingkan diri.
Jauh-jauh dari semua.

Hinanya aku.
Banyak dosa aku.
Allah.
Ini aku, hamba-Mu.
Malunya aku.
Akhirnya, aku datang jua.
Dalam keadaan hina.
Gugur air mata.
Mengaku banyaknya dosa.

Allah, jagakan mereka."



Ya Allah... walaupun aku berduka, masih ada yang lagi menderita jiwa daripada aku, yang cuma sedikit sahaja dugaannya... i'm glad to have a friend like her >>> Nur Aziemah... dia yang sentiasa bagi semangat dari awal perkenalan sehinggalah sekarang... dialah yang bagi link budaktomato tu untuk saya baca... :')


*Malu nak cakap ni depan2 ke Ziemah... tapi Ina harap persahabatan kita dua akan berkekalan hingga ke Jannah... Layari badai duniawi ni sama-sama ye... Nasihat diri ini andai terleka... Ukhuwah dan Mahabbah kita jalinkan... Insyallah...

Sunday, July 28, 2013

Keluar Dari Kepompong!

ehhhhh ehhhhhh... kesian kan rama-rama kalau asyik duduk diam dalam kepompong je... dok bebas la kawan tu... rama-rama pun nak juga show off kan dia punya kecantikan... betul tak? betul tak?

naahhhhh! macam tu lah juga kita ni, wahai manusia!!!

Spread Out Your Inner Potential!!

kita suka salah faham. jadi seorang muslimah bukannya pakai tudung sikit, dah cakap alim. pakai baju lengan panjang, dah cakap kawan tu insaf. pakai sarung kaki pun dah cakap "alim sangat lah tu". 

hoi! hoi! hoi! cukup cukup larh... jangan fitnah lagi... jom jaga mulut sama-sama jom. sebab kan suara-suara macam ni lah muslimah-muslimah kita pakat segan je semua... 

My Jannah-mate to be,
kita tak perlu lah segan tak bertempat... Kita perlu berani! macam mana beraninya Siti Khadijah r.a pada masa dahulu... macamtu juga lah kita kena usaha untuk menjadi seperti tokoh wanita ni... tak berjaya takpe, Allah kan nilai usaha... Keluarlah dari kepompong ketakutan tu, dan terbang bebas dengan keberanian... walaupun macamtu, kehormatan diri pun kena jaga juga yeeee...

saya pun nak usaha sama-sama... kejahilan dulu tak semestinya menjadi batu penghalang untuk kita terus mendapatkan PENCERAHAN! Good Luck untuk awak! Good Luck untuk saya!!


We Are The Princess!!!
ooyyeeaahhhhh!!!
<3

Saturday, July 27, 2013

Hakikat Sebenar

tak semua yang kita harapkan, yang kita dambarkan akan jadi milik kita sepenuhnya.

ahah!
macam sayalah. apa yang saya angan-angankan tak semuanya saya dapat. cuba fikir! cuba fikir! kalau angan-angan awak, awak dapat, dan dalam masa yang sama angan-angan saya pun saya dapat, angan-angan dia, mereka, semua dapat, tak ke huru-hara dunia ni? sebab tu kita ada Allah Yang Esa. tiada dua, tiada tiga.

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216.


semua yang jadi semua adalah di dalam ilmu Allah.

ingat tu duhai hati! ingat tu!
bangunlah! bangun! La Tahzan.
apa yang awak hajatkan tu mungkin awak tak dapat sekarang, sebab Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.
memang banyak kenangan... tapi kan... biarkan kenangan tu mengajar awak erti kesabaran dan pengalaman awak untuk jadi lebih matang!
memang susah untuk diterima... tapi kan... percayalah! ada hikmah dibalik semua ketentuan tu.
memang perit sangat rasanya... tapi kan... permulaan sabar tu memang perit, tapi buahnya nanti manis. Manis sangat!
memang sedih, air mata mencurah-curah jatuh... tapi kan... Allah cipta kita dekat dunia ni untuk bersedih ke? tak kan? terciptanya kita di dunia ni sebagai satu persinggahan, untuk kita beramal dan terus beramal untuk menuju ke Jannah.

senangkan saya cakap? tapi jom cuba sama-sama! saya tak nak sedih-sedih dah! not worth it! i deserve something better! Insyallah.

Monday, July 15, 2013

Lai Lai Lai... Mali Mengaji...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

ehem 3x

hari ini saya dengan sukacitanya ingin saya mengumumkan kelayakan saya ke Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2013... Give a round of applause to meeee!!! yeayyy!!! 

Syukran. Syukran. Syukran.

Selamat. Selamat. Selamat.

Salam Ukhuwah warga UPM!!


But wait a minute! course apa? course apa? course apa? hahaha... ini yang melawakkan lagi ni... selama berapa tahun saya belajar subjek sains (pure sains gituuuu... kau ada? :P ) tetiba je melompat tergolek-golek masok course pc10 upm Software Engineering... pelikkkk...

tapi waaaaaaaaaaaaaaaaa :'( xkesah la belajar apa, janji belajar, tuntut ilmu... tpi wa tarak basic wooooo... grrrrrrrrrrr... guane? guane? guane ni?? saya bukan ambil subjek sc com pun dulu waktu kat Kolej Matrikulasi Selangor KMS... 

takpe! takpe! takpe! 
buat lek... buat cool je...
(bajet gangster je Azrina ni... kalau orang marah, tau pulak takutttt... buuuuuuuuu )

Alhamdulillah ada abg n akak senior ckp boleh start slow2... kdng2 yg xde basic tu la bley beat budak2 yang dah ada basic... ni semangat ni!! yang penting saya nak try! chayookkk2!! semoga Allah permudahkan segala urusan saya... Insyallah... saya harap sgt kat sana nnt saya dpt jumpa dgn rakan2 seperjuangan yang bersungguh2 menuntut ilmu kerana Allah...

Jazakallahu Khairan Kathira...

Wednesday, July 3, 2013

Gatra

Bila Kini Ku Sesali
Dikala Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Yang Masih Mengerti

Aku Masih Di Sini
Mengira Detik-detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra



Purposely post this because i've found the lyrics quite meaningful. The word "Gatra" itself gives such a lot of meanings.


"Gatra - lingkungan tertentu di kalimat yang dapat ditempati oleh suatu unsur bahasa"


ok, guys. gtg. i attached here with a link to this song! enjoy it! Gatra by Leen