>>> wina here!: 2013

Tuesday, November 19, 2013

feee feeling HOIIII

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

#ehhh nyanyi sikettt ^_^


lama tak menuliskan? here i'm back again!!

nak cerita apa ni? life kat UPM? erghhh mcm bosan je cerita tu.

ermmm

ermmm

............

okkkk... jom cerita ni buat kau dan aku yang leka lupa lagho semua lah!

HATI...........HATI................HATI...........

fuuhhhh (*kesat peluh) susah tuuu nak jaga hati... tiba2 tersedih, tiba2 tersakit, tiba2 tersentap, tiba2 terhappy, tiba2...tiba2 dan tiba2...(*berapa banyak tiba2 daaaaa)

ok. back to our point. mcmne nak jaga hati? nak nak lagi alam U ni. fuuhhhh! time2 ni mamat-mamat, jejaka tampan tu semua keluar nak cari calon isteri kan? xkurang jugak dengan perempuan yg dah mula menggatal sana sini. 

yang paling menakutkan... JENGGG! JENGGG! JENGGG!

bila ayat2 manis, kata2 pujangga seorang lelaki keluar daripada mulut dyorng. pada mulanya nak test...(*kot kot lah boleh jadi calon bini ke...)

ehhhhh awak tuuuu...lelaki-lelaki yang hensem tuuuu... xmau lah noty2 begitu yeee... (*kau dah kenapa jadi sexist ni?? *baling telur!! buuuuuuu) hey hey hey saya bukan nak salahkan lelaki, tapi perempuan ni mudah cair dgn kata2 lelaki. harap dua-dua pihak mengerti.

utk LELAKI............ jaga kaum hawa. dunia sekarang dah jarang tengok kaum adam jaga kehormatan kaum hawa. kalau anda dan anda dan anda (*straight to the point Azrina!! xpayah 'dan' sangat!!) ok. kalau anda nak cari calon isteri kot iye pun, pandu kami, pimpin kami ke arah yang lebih baik. sebaik-baiknya kepada Pencipta kau dan aku. (Ya Allah...harapan aku utk mendapat pemilik rusuk kiri ini yang mampu memimpin aku...amiiinnnnn)

utk PEREMPUAN........... jangan terlalu cepat mengaharap. jangan terlalu cepat terbuka hati. (*orang ckp jangan jual mahal lah! nnt xlaku!) teori mana awak guna tu?? setiap kita ada jodoh masing2. cuma masa waktu tempat yang tak mengizinkan. aku? ye memang aku masih belom berpunya. (*tak laku ke?) alhamdulillah. terima kasih untuk andaian itu. :) aku percaya jodoh aku ada. aku percaya. cuma mungkin jauhnya dia dan aku waktu ini, untuk kami perbaiki diri. 

aku bukan baik utk mendapat yang baik. sedar diri ini masih tidak layak. masa silam aku terlalu hina. terasa banyak cela. dosaku menimbun-nimbun. Allahhhh...... aku percaya Allah Maha Pengampun.


TIADA INSAN SUCI YANG TIADA MASA LAMPAU,
DAN TIADA INSAN HINA YANG TIADA MASA DEPAN.


teruskan mengorak langkah... tak perlu menyesal apa yang pernah jadi... bangkit! bangkit! dan bangkit! on your mark....get set...GO!!! 

Monday, July 29, 2013

Budak Tomato punya

"Taknak dibuka kisah dulu.

Cuma satu -

Sekalipun jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah.


Allah.
Aku tak faham.
Kenapa aku selalu di uji.
Dengan ujian hati?

Allah.
Kau sayang aku.
Aku tahu.
Sebab..
Walau jauh aku pergi,
Walau perit ujian yang Kau beri,
Pada akhirnya,
Kau akan tunjukkan jalan.
Untuk aku kembali.
Sucikan diri.
Pada-Mu Rabbi.

Allah.
Bertahun aku pendam.
Orang kata, time heals.
Aku tak faham.
Kenapa luka aku tak pernah sembuh?

Jatuh sembah bumi.
Aku nangis lagi.

Malunya aku Ya Allah.
Jelas sekali aku lemah.
Dikuatkan dengan dakwah tarbiyah.
Aku masih lambat melangkah.
Dihadirkan geng usrah.
Bagaikan hadiah.

Tapi,
Mana ada yang kekal atas bumi ni.
At the end,
Semuanya akan pergi.
Hatta aku pun,
Bakal dijemput malaikat Izrael nanti.

Allah.
Peluklah aku.
Peluklah aku sampai aku tenang.
Selimutkan aku.
Selimutkan aku dengan cinta-Mu.
Seka air mataku.
Pujuk aku dengan kalam-Mu.

Allah.
Malunya aku.
Aku hamba-Mu.
Yang kembali.

Kadang aku pelik.
Kenapa selalu aku diuji dengan lelaki.
Malah sampai satu tahap.
Aku rasa macam....
Nak bersendiri.
Tak dikenali.
Tak disayangi.
Asingkan diri.
Jauh-jauh dari semua.

Hinanya aku.
Banyak dosa aku.
Allah.
Ini aku, hamba-Mu.
Malunya aku.
Akhirnya, aku datang jua.
Dalam keadaan hina.
Gugur air mata.
Mengaku banyaknya dosa.

Allah, jagakan mereka."



Ya Allah... walaupun aku berduka, masih ada yang lagi menderita jiwa daripada aku, yang cuma sedikit sahaja dugaannya... i'm glad to have a friend like her >>> Nur Aziemah... dia yang sentiasa bagi semangat dari awal perkenalan sehinggalah sekarang... dialah yang bagi link budaktomato tu untuk saya baca... :')


*Malu nak cakap ni depan2 ke Ziemah... tapi Ina harap persahabatan kita dua akan berkekalan hingga ke Jannah... Layari badai duniawi ni sama-sama ye... Nasihat diri ini andai terleka... Ukhuwah dan Mahabbah kita jalinkan... Insyallah...

Sunday, July 28, 2013

Keluar Dari Kepompong!

ehhhhh ehhhhhh... kesian kan rama-rama kalau asyik duduk diam dalam kepompong je... dok bebas la kawan tu... rama-rama pun nak juga show off kan dia punya kecantikan... betul tak? betul tak?

naahhhhh! macam tu lah juga kita ni, wahai manusia!!!

Spread Out Your Inner Potential!!

kita suka salah faham. jadi seorang muslimah bukannya pakai tudung sikit, dah cakap alim. pakai baju lengan panjang, dah cakap kawan tu insaf. pakai sarung kaki pun dah cakap "alim sangat lah tu". 

hoi! hoi! hoi! cukup cukup larh... jangan fitnah lagi... jom jaga mulut sama-sama jom. sebab kan suara-suara macam ni lah muslimah-muslimah kita pakat segan je semua... 

My Jannah-mate to be,
kita tak perlu lah segan tak bertempat... Kita perlu berani! macam mana beraninya Siti Khadijah r.a pada masa dahulu... macamtu juga lah kita kena usaha untuk menjadi seperti tokoh wanita ni... tak berjaya takpe, Allah kan nilai usaha... Keluarlah dari kepompong ketakutan tu, dan terbang bebas dengan keberanian... walaupun macamtu, kehormatan diri pun kena jaga juga yeeee...

saya pun nak usaha sama-sama... kejahilan dulu tak semestinya menjadi batu penghalang untuk kita terus mendapatkan PENCERAHAN! Good Luck untuk awak! Good Luck untuk saya!!


We Are The Princess!!!
ooyyeeaahhhhh!!!
<3

Saturday, July 27, 2013

Hakikat Sebenar

tak semua yang kita harapkan, yang kita dambarkan akan jadi milik kita sepenuhnya.

ahah!
macam sayalah. apa yang saya angan-angankan tak semuanya saya dapat. cuba fikir! cuba fikir! kalau angan-angan awak, awak dapat, dan dalam masa yang sama angan-angan saya pun saya dapat, angan-angan dia, mereka, semua dapat, tak ke huru-hara dunia ni? sebab tu kita ada Allah Yang Esa. tiada dua, tiada tiga.

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216.


semua yang jadi semua adalah di dalam ilmu Allah.

ingat tu duhai hati! ingat tu!
bangunlah! bangun! La Tahzan.
apa yang awak hajatkan tu mungkin awak tak dapat sekarang, sebab Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.
memang banyak kenangan... tapi kan... biarkan kenangan tu mengajar awak erti kesabaran dan pengalaman awak untuk jadi lebih matang!
memang susah untuk diterima... tapi kan... percayalah! ada hikmah dibalik semua ketentuan tu.
memang perit sangat rasanya... tapi kan... permulaan sabar tu memang perit, tapi buahnya nanti manis. Manis sangat!
memang sedih, air mata mencurah-curah jatuh... tapi kan... Allah cipta kita dekat dunia ni untuk bersedih ke? tak kan? terciptanya kita di dunia ni sebagai satu persinggahan, untuk kita beramal dan terus beramal untuk menuju ke Jannah.

senangkan saya cakap? tapi jom cuba sama-sama! saya tak nak sedih-sedih dah! not worth it! i deserve something better! Insyallah.

Monday, July 15, 2013

Lai Lai Lai... Mali Mengaji...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

ehem 3x

hari ini saya dengan sukacitanya ingin saya mengumumkan kelayakan saya ke Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2013... Give a round of applause to meeee!!! yeayyy!!! 

Syukran. Syukran. Syukran.

Selamat. Selamat. Selamat.

Salam Ukhuwah warga UPM!!


But wait a minute! course apa? course apa? course apa? hahaha... ini yang melawakkan lagi ni... selama berapa tahun saya belajar subjek sains (pure sains gituuuu... kau ada? :P ) tetiba je melompat tergolek-golek masok course pc10 upm Software Engineering... pelikkkk...

tapi waaaaaaaaaaaaaaaaa :'( xkesah la belajar apa, janji belajar, tuntut ilmu... tpi wa tarak basic wooooo... grrrrrrrrrrr... guane? guane? guane ni?? saya bukan ambil subjek sc com pun dulu waktu kat Kolej Matrikulasi Selangor KMS... 

takpe! takpe! takpe! 
buat lek... buat cool je...
(bajet gangster je Azrina ni... kalau orang marah, tau pulak takutttt... buuuuuuuuu )

Alhamdulillah ada abg n akak senior ckp boleh start slow2... kdng2 yg xde basic tu la bley beat budak2 yang dah ada basic... ni semangat ni!! yang penting saya nak try! chayookkk2!! semoga Allah permudahkan segala urusan saya... Insyallah... saya harap sgt kat sana nnt saya dpt jumpa dgn rakan2 seperjuangan yang bersungguh2 menuntut ilmu kerana Allah...

Jazakallahu Khairan Kathira...

Wednesday, July 3, 2013

Gatra

Bila Kini Ku Sesali
Dikala Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Yang Masih Mengerti

Aku Masih Di Sini
Mengira Detik-detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra



Purposely post this because i've found the lyrics quite meaningful. The word "Gatra" itself gives such a lot of meanings.


"Gatra - lingkungan tertentu di kalimat yang dapat ditempati oleh suatu unsur bahasa"


ok, guys. gtg. i attached here with a link to this song! enjoy it! Gatra by Leen

Saturday, June 15, 2013

Menanti Penuh Pasrah!

hati ini terluka,
jiwa ini meronta,
mata terus berkaca,
menahan sebak di dada,
aku tersakiti,
menanti kekasih yang belum pasti,
kosong!
hancur!
mampu lagi kah aku bertahan?
ketenangan.
kebahagiaan.
itu yang ku dambarkan,
Yang Esa itu dekat,
aku?
aku melangkah menjauhi,
sampai bila?
sampai bila?
jika ketenangan, kebahagiaan yang aku cari,
nah!
kejar saja!
kejar kembali ketenangan, kebahagiaan itu,
pada Dia Yang Esa.
moga penantian tidak tersia-sia.


*untuk memotivasikan diri. Jika sesuatu itu milik kita, sesukar mana pun akan tetap menjadi milik kita.

*apabila Allah S.W.T mengkehendaki sesuatu, hanya berkata "kun" maka jadilah ia.

Wednesday, June 12, 2013

BENCI!!!

“Benci betullah aku dengan mamat ni.”

“Kau yang sakitkan hati aku dulu. Cari masalah pulak sekarang.”

“Benci aku dengan kau!”

"Tak payah nak poyo sangatlah perempuan! Benci aku tengok!"


Mesti pernah terdetik dalam hati kita ayat-ayat itu bukan? Saat diri dicabar oleh manusia lain. Saat hati mula melangkah kepada kebencian. Saat diri melatih hati untuk berdendam.

Duhai hati,
Bersabarlah dengan setiap dugaan dan cabaran. Mereka mungkin tertawa melihat kita tersakiti. Mereka mungkin gembira melihat kita berang. Mereka mungkin juga tersenyum melihat kita terluka. Syaitan juga melompat-lompat girang saat berjaya membuatkan manusia bermusuhan, bersengketa. Mengapa kita membantu syaitan untuk bergembira? Mengapa tidak kita membuat Allah S.W.T yang gembira melihat hamba-Nya bersabar?


Segala dugaan yang datang dalam diri kita, sesungguhnya ada hikmah disebaliknya. Menguji kekuatan iman, dan melatih diri kita untuk terus tabah menghadapi dugaan. Mengapa kita mahu mengalah, sedangkan umat terdahulu telah ditimpakan pelbagai dugaan yang lebih dahsyat lagi.

Allah bersabar dengan kesalahan kita saban hari. Jadi kenapa kita tidak bersabar dengan hanya satu kesalahan manusia terhadap kita. Muhasabah diri adalah jalan terbaik. Latihlah diri untuk terus bersabar.


Thursday, April 4, 2013

kuatlah sayang...

betul3x..
^_^

mengadu dengan Allah lagi best drpd mengadu dengan manusia kan... sbb manusia xtau apa yang kita tengah alami, n apa yang kita rasa... Allah Maha Mengetahui...

apa lagi sayang?? mengadulah dengan Allah apa yang terbuku dalam hati... awak nak menangis teresak2 mcmne pun menangislah sayang... xperlu malu... hati kita milik Allah... mintalah kekuatan dan perlindungan daripada-Nya... Allah tak pernah jemu dengar rintihan kita, malah Dia menunggu dan menanti-nanti kehadiran kita pada-Nya...

kuatkan hati... always smile... ^_^

<3 Allah...

Friday, January 25, 2013

Refleksi Diri... ^_^

sesuatu yang akan jadi milik kita, 
walau sesukar mana pun, 
kalau Allah cakap jadi milik kita,
pasti akan jadi milik kita akhirnya.....
tapi.......kalau sesuatu bukan milik kita,
walau datangnya sesenang apa pun,
kalau Allah kata takkan jadi milik kita,
maka tak akan pernah jadi milik kita....

ikhlaskan hati inaaaa... Allah nak ajar sesuatu tu... take it positive! Innallaha ma'ana!! ^_^
tak semua yang kita harapkan tu akan jadi kenyataan kan? Allah nak kita tau tuuu, yang takdir tu tetap akan jadi milik dia, walaupun impian angan-angan tu milik kita...


indah di dunia ni hanya sementera je tauuuu....


it wouldn't be love if sending them straight to hell,

it wouldn't be love if trying to make them fail,

it wouldn't be love if making them far away from Allah...